Tuesday, December 09, 2008

Hari Raya Aidiladha 2008

Semalam adlh hari Raya yang sedikit membosankan. Coz dari pagi hingga ke petang hujan. So, mood nak jalan-jalan pon hilang, dok duduk kat umah membuta jer. Nasib baik lepas asar dah tak hujan dah. So, Dhihah, Abah dan Mama pi ler umah Nyang dhihah kat Kampung Cheras Baru. Nie beberapa keping gambor yang Abah dan Mama dhihah tangkap untuk tatapan Aunty2 , Uncle2, atok2, nenek2 dan kekawan semua.

Bergambar kat umah Tok Su Lipah

Abah dan Cik Iqbal

Pak Long Mukhlas, Kak Patin, Abang Zender dan Mak Long Ima

Dhihah dan Mama

Ranggi tak Dhihah?

Waktu nie Mood Dhihah ok lagi...

Bila Kak Fatin start nak dukung dhihah dah mula rimas dah

Start mengamuk dah
Dah tahap nie Abah gan Mama dia jenuh nak pujuk....Alahai Manja nyer dhihah nie...

Thursday, December 04, 2008

Movie : Antoo Fighter


Semalam Abah n Mama pi tengok cerita Antoo Fighter, Dhihah tak der nie Abah n Mama leh lak tgk movie. Dhihah dok umah atok dari ari isnin lagi, So Abah n Mama pi le tengok wayang. Pi beli tiket ari isnin, ari rabu baru tengok.


Nie sinopsis cerita Antoo Fighter nie :-


Cerita nie berkenaan sekumpulan satan yang nak menghidupkan bapak satan (Lord Sharon), tapi sebelum tue kumpulan satan nie perlu dapatkan seorang gadis suci sebagai korban. Poh Jee pulak seorang cucu yang kepada pemburu satan yang mempunyai tanda super hero dan bakal menjadi pengganti kepada pemburu2 satan yang dah mati. Poh Jee (lakonan Radhi OAG) bersama 4 kawan yang mempunyai tanda yang sama telah menuntut ilmu pemburu satan dan nak tahu tengok sendiri... malas nak taip sebenarnya. Hehehehe...
Para pelakon : Radhi OAG, Awie, Halim Salim Bachik, Ngasrizal, Yang berlakon Awan Dania, Bront Plare, dan lain2 pelaon baru yang tak tahu nama dia .


cerita nie cam ada sambungan.... nnti leh tgk lagi.


Dari 5 bintang, kita bagi 3 bintang.

Tuesday, October 07, 2008

Happy Anniversary

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan (3/11/2006) yang ke-2 dan Ulang Tahun Percintaan (3/11/1998) yang ke-10.

Pajam..celik...pejam ... celik dah 10Tahun bercinta dan akhirnya berkahwin. Kalau 10 Tahun lepas kitaorang kahwin anak dah ramai kot dan yang sulung mesti dah sekolah... hehehe... berangan pulak... ok lah tue, sekarang nie pon tengah mengumpulkan anak yang ramai... dengan adanya pengarang jantung kami suami isteri .. Akid Madhihah Binti Mohd Fauzi Latif.

syukur Alhamudulilah kepada Allah swt dengan jodoh yang panjang ini. Dan semoga jodoh ku dan suami hingga ke syurga.

Lagu untuk suami tercinta:-

Kau begitu sempurna
Di mataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujamu
Di setiap langkahku ku kan
Selalu memikirkan dirimu
Tak bisa ku bayangkan
Hidupku tanpa cintamu
Janganlah kau tinggalkan diriku
Tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Kau genggam tanganku saat diriku lemah dan terjatuhk au bisikkan dan hapus semua sesalku
Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adalah hidup ku lengkapi diriku oh sayang engkau begitu sempurna .. sempurna
Sayangku engkau begitu sempurna.. sempurna.. sempurna

Kau begitu sempurna suami ku - Mohd Fauzi Latif "I Love U very Much" Muaahhh....



Jejalan Langkawi

Gambar nie lak di ambil masa Bulan 7, ari tue.. kitaorang pi sana selama 3 ari 2 malam. Perjalan pi langkawi seronok. Dhihah pi cam biasa pi gan Abah, Mama, Atok dan Wan. Yang seronok nyer perjalan pi sana cam2 transport yang sebelum nie Dhihah tak naik dhihah dah naik dah. Memula tue dari Sg.Buloh, Pak Lang Dhihah antar naik Van Atok ke Stesen Komuter Sg.Buloh. pastu naik Komuter sampai KL Sentral. Dari KL Sentral Ke LCCT naik Bas dan seterusnya naik Kapal Terbang ke Langkawi. Berikut gambar2 kenangan di Langkawi.
sarapan pagi gerai tepi jalan besebelahan Underwaterworld Langkawi
Dalam Kereta Kabel untuk naik ke Gunung Mat Cincang
Di Atas Gunung Mat Cincang... sejuk cam kat genting gak kat atas nie
Atok leh main cak-cak lak gan Dhihah
Romantik nya Abah & Mama

Kabus tebal, so tak nampak apa2 kat bawah tue...

Depan Stesen Cabel Car Gunung Mat Cincang
Bergambar gan Burung Helang kena Bayar RM 3
time nie tekak dah lapar, coz dah sehari suntuk dhihah ada kat Gunung Mat Cincang


Nie kat salah sebuah rumah kat Kawasan Kubur Lagenda Mahsuri... Cam nama atok dhihah yang dah meninggal gak, Abah kepada Mama dhihah, Atok Masuri Bin Muslim ~ Al-Fatihah untuk Atok~
Bergambar lagi bersama Abah
Nie lak kat Pantai, berdekatan Hotel yang kitaorang duduk

Nie lak kat Area Portal Malai, belakang tue pulau dayang bunting


Nie lak kat Dataran Helang, Masa nie Dhihah baru bangun dari tido, Mama kejut sueuh bergambar so, waktu nie muka dhihah tgh mamai lagi
Muka Dhihah yang tengah masam
Manja gan Wan dia
Gambar Kenangan di Dataran Helang
Gambar kat Pulau Langkawi tak banyak sangat Abah tangkap, Abah lebih kepada video jer... tapi tak per leh leh gak buat tatapan semua.

Wedding Geetha



Nie gambar kahwin 'opis mate' Mama Dhihah, Aunty Geetha pada 5 Julai 2008, kenduri buat kat area KL Sentral, Mama kata nie 1st time Mama pergi kenduri kahwin oarang Non-Muslim. Pi kenduri tue Mama, Abah, Dhihah dan Cik Nasreen bawa Nenek dan Pakcik Rasul sekali. Kitaorang pi kenduri dah lambat masa tue, kenduri start kul 7.00 malam tapi kitaorang sampai sana dalam kul 9.30, kenduri pon dah nak habis.. tapi ok gak coz waktu tue kira tengah sesi bergambar dengan pengantin so, dapat ler sekali bergambar dengan pengantin.

ucap selamat kat pasangan pengantin
Bergambar bersama pengantin

Bersama Mama
Bersama Abah


Selamat Pengantin Baru kepada Aunty Geetha dan Uncle Barnabas. Semoga Berbahagia.

Madhihah Merangkak

Gambar nie lama dah diambil, masa bulan Mac 2008 ari tue masa tue madhihah baru pandai merangkak. Time tue madhihah baru jer berusia 6 bulan, waktu nie madhihah dah tak suka dah orang dukung dia sibuk dengan nak merangkak jer....

madhihah tengah 'memberontak' minta di lepaskan
tengah mebelek2 barang

Mama Dhihah suruh dhihah merangkak bawa toys dia nampak comel kata nyer..hehehe
hah? comel tak dhihah?
Nie lak Abah suruh jadi model kat Flash dia..

Bila dhihah dah penat merangkak dhihah pon tidur dengan kepenatan.. itu pon Abah nak dhihah jadi model gak, time tido ...hahaha

Friday, September 05, 2008

AVILLION VILLAGE RESORT, PD

Pada 30 Mac 2008 (Ahad), Madhihah, Abah, Mama, Atok dan Wan telah pergi ker AVILLION VILLAGE RESORT, PD. Pergi kat sana coz, Wan dhihah dapat beli tiket murah dari harga biasa. Harga biasa tiket tue, semalam berharga RM 500++ tapi wan dhihah bayar dengan RM 150 jer untuk 3hari 2 malam, so, dapat ler dhihah bercuti-cuti Malaysia, ini semua sebab atok Anjo dhihah jual tiket yang dia dapat masa cabutan bertuah di temapt keje dia.
Pada ari Ahad tue,kita orang bertolak dari Sg.buloh coz, amik Atok dan Wan dulu, kita orang pi sana naik keta Abah ( Myvi), pergi sana dalam kul 2 petang. sampai sana dalam kul 5 petang.
Sebelum sampai tue, pi singgah kedai runcit dekat area situ gak, beli apa yang nasi lemak bungkus, maggie, air botol, biskut. Nak beli pelampung untuk dhihah cam mahal pulak, tak jadi beli.

Dalam kul 5.30 baru kitaorang check in, sampai kat pintu masuk dah nampak kehebatan hotel nie. Masuk je dalam lagi ler kagum. Best gila hotel nie. Tak rugi ikut. Atok dan Wan.
Dan amik kunci, pi masuk bilik, bilik kitaorang berhadapan dengan bilik spa dan sauna. Bilik besar, ada dua katil bujang yang berkelambu, bilik air besar gak, ada bath tube, dan 2 bilik lagi, utk toilet dan bilik mandi ( ada shower).

Makan malam hanya di sediakan untuk dua orang jer, tapi tak deryang nak pi pon. So, abah dan mama pi beli makanan atok dan wan teman dhihah kat bilik.
Esok pepagi dhihah dan semua pi jejalan tengok permandanagan suasana hotel yang dhihah duduk. Best sangat hotel nie. Kat hotel nie ada bilik-bilik yang dibawahnya air laut, kalau ler dhihah tiduk kat bilik yang itu mesti lagi best kan... hehehe.... Lepas jejalan tengok pantai, dhihah pi tengok suasana kat kolam. Best nyer nak mandi kolam. Abah bagi dihah cecah air ... tak sabar rasa nya nak mandi, tapi mama kata dhihah kena beli baju renang dan pelampung dulu baru boleh mandi.

Dalam tengahrai tue, kitaorang kuar lagi, cari kedai makan yang berdekatan untuk alas perut, lepas pi makan pi cari baru renang dhihah dan pelampung. Abah, Mama , Atok dan Wan pon cari baru mandi gak coz, sama-sama nak mandi dengan dhihah.
Petang tue, Abah bawa dhihah mandi kat kolam, seronoknya dhihah rasa, samapi pampers yang dhah pakai dah penuh pon sampai tak sedar. Balik bilik nak cuci b*nt*t baru perasan jeli yang ada dalam pampers dhihah dah penuh... semua orang gelakkan dhihah.
Itu sahaja pengalaman dhihah di Avillion Village Resort, Port Dickson. Berikut gambar-gambar dhihah kat sana.


Dhihah masa memula sampai dah test katil yang empuk


Nie kat tempat lepak menghadap pantai


Kat belakang tue ler bilik yang best


Abah pon nak bergambar sama


Dhihah bergambar dengan wan



Gayat gak dhihah dokkat katak nie



Abah, dhihah nak mandi ler...



Best nyer dapat mandi kat kolam



Comel tak pelampung dhihah


Gambar reramai bersama Atok dan Wan